Thursday, 20 February 2014

Tanpa Judul

Masa berlalu,
Seperti selalu.
Dia terus kelu,
Dan akhirnya bisu.
Lalu berputarlah memori,
Menjamah jiwa,
Yang akhirnya mewujud titipan aksara,
Membunuh kita mati kecewa.


0039,
Al-Jum`a : 20.Rabi al-Akhir 1435.

Bicara AKU pada AKU.

"Entahlah"

"tak tahu"

"malas nak pikiaq"

"Kalau cerita pun buat semak kepala hang, aku hat duk layan sorang sorang pun dah bertahun kecamuk. hang asyik ajak kongsi. Dah, toksah duk hingaq. Aku ok ja ni."

Alasan hang serupa,

serupa macam jawapan hang 2 tahun lalu.
Aku tahu, hang  rindu.
Hang masih sayang.
Dan perasaan benci yang wujud dalam diri hang tu sebenarnya cuma "topeng" untuk hang tipu orang sekeliling hang.
Aku ambil berat, sebab aku takmau hang sedih. Aku takmau hang rungsing. Aku takmau hang kecewa.
Masa mula mula aku kenai hang, hanglah manusia paling setan dengan gelak ketawa. Mengusik sana sini. Hang yang paling expert bab mengusik ni.

Tapi..
Sekarang dah berubah, hang banyak diam. Bercakap benda penting ja.
Dah takda gelak ketawa serupa setan tu.
Hang banyak duduk sorang sorang.
Medium laman sosial hang guna untuk cerita pada orang ramai hang gembira,
namun realitinya hang sunyi, sendiri.
Sampai bila hang nak macam ni?
Yang lepas biaq lah lepas.
kita tunggu ja hat baru bercambah balik.  naa? :)



P/S:

Ketahuilah, bahawa kita ini SATU.
Kau adalah AKU, dan AKU adalah KAU.








Saturday, 10 August 2013

--Ceritera--



Asap kretek di hembus perlahan-lahan memenuhi ruang. Kelihatan kepulan asap itu terpecah perlahan lahan, lalu terhapus ditiup bayu yang mengisi malam.

" Apa yang hang menungkan langit tu Meon? "
" Takdak apa, cuma aku sedang cantumkan bintang-bintang untuk membentuk bidadari yang bisa menemani hidup aku hingga akhir hayat. "
Jawab meon dengan selamba.

" Mampus, makin teruk gila si Meon biul ni. Ingatkan 3 tahun masuk hospital bahagia dah elok."
ujar Kamal perlahan sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Kamal menghidupkan vespanya, lalu meninggalkan meon yang masih bersila dipangkin.

Sebelum berlalu tadi, Meon berpesan sesuatu padanya. kata kata yang masih terngiang ngiang di telinganya.

"Kamal, kalau hang nak cari pasangan hidup nanti, pastikan dia tak terbentuk macam bintang yang aku cantum ni. Bukan apa, kalau hang lalai sikit ja, dia akan berselerak semula penuh dilangit, dan akhirnya akan hilang semua bentuk yang hang cantum mula mula tadi. sampai bila nak selesai? "



                                                               ***
Hentian Diksi


Hanya beberapa batu saja lagi,
Kita akan berhenti,

Mengubat hati,
Dihentian diksi.

Disana nanti,
Rawatlah personafikasi,
Dari dijangkiti illusi,

Yang enggan meneutral emosi.

--Terhenti--

Wednesday, 31 July 2013

Mimpi


Persetankan saja mimpi;

Jika ia merosakan,
Jika ia membinasakan,
Jika ia menjahanamkan,
Jika ia terlalu menyakitkan.

Sedarlah,
Dan terus saja gembira dalam realiti,

Suatu masa nanti bianglala indah akan menjelma kembali.

Wednesday, 13 February 2013

R.U.A.N.G

Aku diruang abstrak,
Terkunci penuh warna warni,
Tanpa pemahaman tentang diri,
Hanya mengikut kaki melangkah pergi.

Ruang aku ruang mati,
Menyalak pada yang tak pernah sudi,
Yang diterima hanya caci maki,
Yang aku guna sebagai nyawa bangkit kembali.

Ruang aku akan selamanya sepi.
Aku tak perlu sesiapa temani.
Kerana aku jumpa sebuah resepi,
Untuk terus hidup sendiri.

PENIPU

Aku qiam di sisi nafsu,
Mengumpal lemah dosa dosa dusta sang penipu.
Durjana jika aku kata aku tak tahu.
Sedangkan aku yang pilih cara itu.

Punca kehidupan yang lalu.
Mencipta aku penuh palsu.
Senyum ketawa jadi isian si penipu seperti aku.
Untuk diamkan kisah-kisah jahil dahulu.

Namun aku tetap statik seperti dulu.
Terus titip dusta satu satu.
Agar tak terlihat dek manusia yang ingin tahu.
Tentang siapa sebenarnya diri AKU.

Percayalah. AKU tetap AKU.