Thursday, 31 January 2013

Sigaret FEBUARI.

Aku sedut dalam dalam asap sigaret sang putih,dalam qiam terus mendiam.
Aku sulam sedutan dengan kopi putih yang membangkit rasa.
Jelas kini tiada lagi apa apa yang membinasa.
Kini tiba masanya untuk bangkit semula.
Tangan yang menghulur takkan aku gapai walau kau iringi dengan senyuman.
Biar aku sendiri memanjat dinding kejatuhan. 
Kenapa?
Ini AKU.
AKU mahu cara AKU.
Walau digelar manusia gagal, namun masih punya kudrat untuk bangkit menghidup. 

Febuari telah menghidup semula,
12:43 am
1 Febuari 2013.

S.E.M.A.L.A.M

Saat diam,
Pita rakaman semalam,
Kembali memutarkan kenangan silam,
Buat aku kembali membungkam.

Pengisiannya,
Gelak ketawa penuh gembira,
Lalu klimaks tangisan dan airmata,
Dan kecewa yang akhirnya membinasa.

Tentang siapa?
DIA.yang pernah aku cinta.
DIA.yang menjadi jiwa
DIA.bermakna tentang segalanya.

Namun memori itu aku titip penuh indah.
Yang akan ku pastikan tak musnah.
Walaupun aku hancur dimamah.

Sebaris senyum tanpa jiwa,
Aku selit dihadiri airmata,
Mengusap lemah jiwa kecewa,
Yang tetap menanti kehadirannya semula.

Sunday, 27 January 2013

Rentetan.jiwa.yang.enggan.menentang.

Walau terhempas di pasir, Kenapa tiada makian segala? Yang yang nyata kedua duanya takkan menerima, Kerana percaya dengan ketentuan.

Manusia yang pintas segalanya. Mengubah semua titik tanda. Kenapa tak ulang saja? Kenapa ditolak begitu saja?

Manusia hambar, Melukakan sesama mereka, Jika yang salah tiada harapan, Jika yang salah tiada peluangnya? Mana mungkin definisi taubat akan mewujud? Hipokrit lah manusia!

Sepatutnya,terus terang. Jika wajar diubah bukan untuk kepentingan sesiapa. Teruskan saja!!! Sebab burung tak dilarang terbang. Ikan tak dilarang berenang. Itu sudah menjadi lumrah alam.

Pengorbanan perlu untuk menjamin perubahan, Persetankan perasaan yang menghalang, Kerana bukan dia yang memberi arahan. Akal yang diberi gunanya apa?

Tuesday, 15 January 2013

Aku Ingin Sa-orang

Aku ingin sa-orang,
Mencari damai dalam tenang.
tak lagi menunggu bintang,
yang takkan  datang,

Aku ingin sa-orang,
Mengubat gusar kepalang,
Menenang hati yang menentang,
Untuk mewujud girang.


Aku ingin sa-orang,
Biar pudar biar hilang,
Rindu rindu yang mendatang,
Aku kan terjang semua pulang.

Aku ingin sa-orang.

Monday, 14 January 2013

Lelaki Jalanan


Sudut kekal jadi pilihan,
Helaian terus menjadi taruhan,
Untuk memperjudi aksara,
Tentang apa, siapa, dan kenapa,
Itu rahsia dia.

"Senaskah lima ringgit sahaja,
duit untuk modal kertas abang belanja,
yang dijual hanya dakwat yang mecorak aksara,
pilih dulu corak yang mana adik suka,
kalau tak berminat tak apa."

Lalu dia berpaling ke laluan-nya,
Mencurah senyuman yang bertakung di muka,
Gumpalan asap kretek dihembus mengisi ruang udara,
Mula mengerak pena mengait aksara,
Tentang kisah kisah yang selamanya rahsia.







MAAF


Bukan niat menyebar luka,
Cuma mahu meringan sengsara,
Bebanan tiada lagi tertahan,
Merebah di paksi putaran.

Saturday, 12 January 2013



LUKA,
Tertusuk duri dunia,
Melemah paksi putaran nyata,

Statik memerhati biasannya.

HATI,
Tenang dan terus senyum dalam keridlaan-NYA,
Khabarkan pada JIWA, persetankan rasa rasa itu semua,
Jika mendung bisa mewujud pelangi penuh warna,
Kenapa membenam jiwa dilautan air mata? 

Suatu hari pasti akan terisi semula.
Dengan kehadiran pelukis pelangi setia.
Melakar senyuman yang kekal selamanya.



*Isian kehidupan itu pilihan,Hanya DIA yang mampu menghidupkan.







Tentang



Aku BUKAN MALAIKAT kiriman syurga,

AKU LELAKI JAUH.

Menyemai cinta melalui aksara.

Kamelia #1


Taburkan saja cinta dalam semaian jiwa,
Agar kosong terisi semula,
Mungkin berbeza penghasilannya,
Kerna kau amat istimewa.




Perihal Nota Dari Syurga


Aku sisipkan perihal cinta dari syurga.
Isian bait bait aksara garapan jiwa,
Mengharap jiwa tenang melata,
Menghilang semua yang meremuk dada.

Nota Dari Syurga,
Ikhlas aku kaitkan buat mereka,
 Yang sudi berkongsi jiwa,
Melarik senyum sampai ke syurga,

Tentang cinta dan air mata.





Ini Kiriman Pertama, 
12 Jan 2013