Wednesday, 13 February 2013

R.U.A.N.G

Aku diruang abstrak,
Terkunci penuh warna warni,
Tanpa pemahaman tentang diri,
Hanya mengikut kaki melangkah pergi.

Ruang aku ruang mati,
Menyalak pada yang tak pernah sudi,
Yang diterima hanya caci maki,
Yang aku guna sebagai nyawa bangkit kembali.

Ruang aku akan selamanya sepi.
Aku tak perlu sesiapa temani.
Kerana aku jumpa sebuah resepi,
Untuk terus hidup sendiri.

PENIPU

Aku qiam di sisi nafsu,
Mengumpal lemah dosa dosa dusta sang penipu.
Durjana jika aku kata aku tak tahu.
Sedangkan aku yang pilih cara itu.

Punca kehidupan yang lalu.
Mencipta aku penuh palsu.
Senyum ketawa jadi isian si penipu seperti aku.
Untuk diamkan kisah-kisah jahil dahulu.

Namun aku tetap statik seperti dulu.
Terus titip dusta satu satu.
Agar tak terlihat dek manusia yang ingin tahu.
Tentang siapa sebenarnya diri AKU.

Percayalah. AKU tetap AKU.

AKU.DIA.KAMU

Aku mahu.
Dia mahu.
Kamu mahu.
Dunia tak pernah tahu.

Aku perlu.
Dia perlu.
Kamu perlu.
dunia telah pisahkan dua jadi satu.

Aku tunggu.
Dia tunggu.
Kamu tunggu.
Dunia tak pernah punya masa untuk tunggu.

Lalu,
Aku, dia, kamu,
Biarkan dunia terus berlalu.